Image Banner

PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA)

23 - 30 Januari : PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA ( SMA ) 2023 Seramai 26 orang pelajar tingkatan 4 telah menduduki Peperiksaan SMA dengan selamat bermula pada hari selasa 23 Januari ... Warga SEMESTI mendoakan agar memperoleh kejayaan yang cemerlang. بالتوفيق والنجاح إن شاء الله

LAGI

HARI KELUARGA & MALAM APRESIASI STAF SEMESTI

Hari Keluarga & Malam Apresiasi STAF SEMESTI 25 & 26 Januari 2024 Merdeka Beach Resort . Alhamdulillah ... hari keluarga telah berlangsung di Merdeka Beach Resort, Kuala Muda, Sungai Petani Antara objektif hari keluarga ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan staf SEMESTI "Keluarga Muafakat Membawa Berkat"

LAGI

PROGRAM QIAMULLAIL TINGKATAN 4

Program pertama anjuran SSC SEMESTI 2024 sempena persediaan sebelum peperiksaan SMA 2023 yang akan bermula pada 23/1/2024 . Pihak sekolah mendoakan kejayaan kepada semua pelajar.
بالتوفيق والنجاح ✨🤎
LAGI

MAJLIS RESTU ILMU DAN PENGHARGAAN PELAJAR BERPOTENSI SPM & SMA

7 JANUARI 2024 telah diadakan Majlis Restu Ilmu dan Penghargaan Pelajar Berpotensi SMA & SPM 2023. Terima kasih diucapkan kepada para waris yang sudi hadir pagi hari ini , Ahad Januari 2024
bertempat di Masjid Al- 'Arifin (dalam kompleks)
Majlis dimulai dengan solat hajat dan bacaan Yasin diikuti dengan ucapan pengetua serta Penghargaan kepada pelajar yang berpotensi mendapat keputusan yang baik dan cemerlang SPM &SMA ... pihak sekolah mendoakan keberkatan dan kejayaan kepada semua pelajar SEMESTI ..✨✨ بالتوفيق والنجاح
LAGI

MAJLIS PENYERAHAN PERUNTUKAN DANA SUKAN KOMUNITI

18 Disember 2023 - Sebuah Majlis Penyerahan Dana Sukan Komuniti dan Peralatan Sukan untuk Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Majlis ini telah dilangsungkan bertempat di SM Sains Tahfiz Alor Setar bertujuan untuk meningkatkan pembudayaan sukan bagi setiap peringkat masyarakat selain memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan komuniti setempat.
Diharapkan usaha ini mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan generasi muda dari dini lagi seperti kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

LAGI

KEJOHANAN SUKAN DAN PERMAINAN SEMESTI

13 Disember 2023 - Telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Sukan dan Permainan SEMESTI. Antara acara yang diadakan adalah:
✅ Perbarisan Rumah Sukan/Homeroom
✅ Bola tampar (L&P)
✅ Takraw (L)
✅ Ping pong (P)
✅ Catur (L&P)

LAGI

KEJOHANAN SUKAN DAN PERMAINAN SEMESTI

14 Disember 2023 - Telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Sukan dan Permainan SEMESTI. Antara acara yang diadakan adalah:
✅ Street soccer (L)
✅ Bola jaring (P) @KBS Alor Setar
✅ Acara dewan (P) @KBS Alor Setar

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan